sahabat

Khamis, 31 Mac 2011

jokes of the day


seperti biasa,tiap-tiap hari hidup kita akan dihujani dengan pelbagai lawak.ada yang lawak biasa yang hanya mampu membuat kita tersenyum dan ada lawak yang membuatkan kita tidak mampu bernafas dan sakit perut.macam aku hari ni,aku lepak dengan member.pastu dia cakap,"eh kiran,dulu kalau sape makan KFC,mesti dia anak orang kaya.kita pun makan KFC sebulan sekali itupun jenuh berebut kalau family beli bungkus.tapi sekarang,KFC dah macam ""nasi lemak,pisang goreng and onde-onde"".kiran,10 tahun 



dari sekarang kau jangan heran la budak form 1 beli starbucks sebelum masuk sekolah".apa lagi,sakit perut aku dibuatnya.hahahahahahahahaha,.sumpah lawak.:D

original by kiranpower


Selasa, 22 Mac 2011

bilik memori


suatu ketika di sinilah tempat kita ketawa bersama,berkongsi kisah yang sama,suka duka,sedih pahit,keriangan dan kebahagiaan.berlari-lari berkejar-kejaran sesama kita.tidur sesama kita sewaktu ketiadaan guru,berkongsi cerita diiringi dengan jenaka,dan di situlah tempat guru-guru berdiri dengan ragam masing-masing berjenaka dengan kita semua.di situlah tempat rakan-rakan menyampaikan pembentangan dengan lagat yang pelik dan gaya yang tersendiri yang mengukir senyuman dan gurauan.inilah bilik atau tempat keseronokan terakhir yang kita masuki buat selama-lamanya.tiada lagi gurauan,tiada lagi ketawa dan tiada lagi tangisan.inilah bilik memori.



info:ini jer gambar kelas kita yang ada.
original by:kiranpower

Sabtu, 19 Mac 2011


"kawan adalah satu pengembaraan yang tidak dapat diduga"




original by:kiranpower

Khamis, 17 Mac 2011

ketawa


tanpa ketawa,hidup akan sepi diselubungi bayang-bayang sendiri.tanpa ketawa,hidup akan menjadi bosan seperti mendengar bunyi angin yang meniupi telinga kerana ketawa merupakan penawar kepada segala penyakit untuk menjauhi persengketaan dan mencapai kebahagiaan.:3

-original by kiranpower-


Jumaat, 11 Mac 2011

hidup yang seperti kita tahu

Ketika aku bekerja sebagai seorang promoter,macam2 bende aku lihat,tingkah laku manusia,perangai manusia dan liku-liku kehidupan.melihat wajah guard yang berdiri di depan pintu yang hanya menunggu ajalnya tiba untuk mencari makan.dan melihat promoter lain yang termenung memikirkan masa hadapan yang penuh dengan kegelapan.dan part time-promoter yang datang untuk menimba pengalaman dan mengejar kemewahan hidup dan sesetengahnya perit memikirkan soal kewangan untuk menampung kehidupan keluarga.customer yang berlegar-legar di hadapan aku berjalan-jalan mencari barang untuk bergaya dan untuk memenuhi keperluan hidup.sesetengahnya datang membawa anak-anak kecil sambil si comel itu menunjuk-nunjuk barang yang dimahunya walaupun si ibu tahu dia tidak mampu untuk membelinya dan memikirkan masa silam di bangku sekolah.melihat wajah sahabatku penat melakukan kerja sambil duduk sebentar mengelebek gambar-gambar anaknya di phone dan tertanya-tanya mengenainya.melihat sikap supervisor yang penuh dengan perasaan berlagak dan angkuh di dalam melaksanakan tugasya walaupun dia tahu dia cuma insan biasa sama seperti orang lain.perasaan penat,bosan hilang seketika bila kawan sekepala muncul sambil bergelak ketawa diikuti muzik yang berbagai-bagai di situ.seorang demi seorang bercerita tanpa berhenti diiringi kelakaran dan ragam masing-masing.walaupun hidup ini palat,tapi esok masih ada,hidup ibarat roda,ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.kemewahan bukan segalanya.kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kegembiraan.assalamualaikum.original by:kiranpoweR :)






to Penangites



Bukit Mertajam,Aku Suday Okey!:3

Khamis, 10 Mac 2011

Rabu, 9 Mac 2011

to all

Kebahagiaan,kesedihan,keperitan,kesenangan,gelak ketawa,suka duka dan masam manis mengajar aku erti kehidupan.


Alhamdulillah Ya Allah.Aku redha dengan segala pemberianmu.


amiin:D

Selasa, 8 Mac 2011

to Mark


dear Facebook,you have changed three times and 

you're making it worse everytime:D