sahabat
Jumaat, 11 Mac 2011
hidup yang seperti kita tahu
Ketika aku bekerja sebagai seorang promoter,macam2 bende aku lihat,tingkah laku manusia,perangai manusia dan liku-liku kehidupan.melihat wajah guard yang berdiri di depan pintu yang hanya menunggu ajalnya tiba untuk mencari makan.dan melihat promoter lain yang termenung memikirkan masa hadapan yang penuh dengan kegelapan.dan part time-promoter yang datang untuk menimba pengalaman dan mengejar kemewahan hidup dan sesetengahnya perit memikirkan soal kewangan untuk menampung kehidupan keluarga.customer yang berlegar-legar di hadapan aku berjalan-jalan mencari barang untuk bergaya dan untuk memenuhi keperluan hidup.sesetengahnya datang membawa anak-anak kecil sambil si comel itu menunjuk-nunjuk barang yang dimahunya walaupun si ibu tahu dia tidak mampu untuk membelinya dan memikirkan masa silam di bangku sekolah.melihat wajah sahabatku penat melakukan kerja sambil duduk sebentar mengelebek gambar-gambar anaknya di phone dan tertanya-tanya mengenainya.melihat sikap supervisor yang penuh dengan perasaan berlagak dan angkuh di dalam melaksanakan tugasya walaupun dia tahu dia cuma insan biasa sama seperti orang lain.perasaan penat,bosan hilang seketika bila kawan sekepala muncul sambil bergelak ketawa diikuti muzik yang berbagai-bagai di situ.seorang demi seorang bercerita tanpa berhenti diiringi kelakaran dan ragam masing-masing.walaupun hidup ini palat,tapi esok masih ada,hidup ibarat roda,ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.kemewahan bukan segalanya.kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kegembiraan.assalamualaikum.original by:kiranpoweR :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku suka yg ini !!
BalasPadamok..sgt stai
BalasPadampergghh..kiraaannn...
BalasPadam